Halaman

Selasa, Jun 05, 2018

MENTERI REJIM DAH START NAK BERNIAGA KE???


Dalam keadaan ekonomi Negara yang masih lagi sedang bergolak dengan Politik yang tidak menentu pada ketika ini, para Menteri Rejim masih sibuk nak fikir pasal projek ke?


Sedangkan kedudukan kewangan Negara yang didakwa oleh Rejim Pakatan itu berada dalam keadaan yang tenat sekarang pun diorang masih nak buat projek tak tentu arah?


Walhal Rejim Pakatan itu juga yang mendakwa hutang Negara berada dalam keadaan yang terlalu kritikal. Takkan itu pun para Menteri Rejim ni tak ambil peduli?


Jika sebelum ini, Menteri yang bagi alasan bertaraf longkang berhubung kenaikkan harga barang kata diorang nak teruskan projek ternakan NFC.


Dan kemudian Menteri Pertahanan Rejim tu pulak kata dia nak tambah aset pertahanan Negara. Soalnya, mana diorang nak cari duit untuk melaksanakan projek tu semua?


Yang terbaru, Menteri Pengangkutan pulak mula 'berniaga' menjual nombor pendaftaran kenderaan 'Malaysia' dengan memberikan alasan yang jelas tidak boleh diterima pakai.


Padahal dalam masa yang sama, Menteri Kewangan Rejim juga turut mengumumkan bahawa mereka terpaksa tangguh dari nak melaksanakan Janji Manifesto yang telah dibuat.


Maka kalau diikutkan kenyataan Menteri Kewangan tu, takde satu pun projek yang boleh dilaksanakan dimasa akan datang kerana keadaan kewangan Negara pada ketika ini sangat kronik.


Jadi, adakah selepas ini Menteri - Menteri Rejim tu nak wujudkan Tabung di Kementerian mereka sendiri dan kutip duit daripada rakyat untuk membolehkan mereka melaksanakan projek yang disebut sebelum ini???

3 ulasan:

  1. Gelakkkkkkkkk....... Tggu 'drama ph' seterusnya sampai mati. Selagi tak mati kita sbg rakyat atau pemimpin2 ph tak mati, sama2 tggu tengok apa nk jdi dgn malaysia nanti. Menang sorak kampung tergadai ke, atau apa shj. Tgguuuuuuuuuuuuu

    BalasPadam
  2. Catatan hasutan supaya rakyat huruhara ni

    BalasPadam
  3. Peniaga umno jual negara

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.