Halaman

Khamis, April 25, 2019

PTPTN MINTAK PANDANGAN UMUM UNTUK KUTIP HUTANG!!!

Aik? Lain pulak dari yang dijanjikan oleh Rejim Pakatan Hancing tu sebelum ini. Dalam Manifesto yang diumumkan sewaktu PRU yang lalu, diorang kata nak PTPTN ni akan di-TUTUP.


Tapi sekarang lain pulak tindakan yang diambil. Bukan sahaja PTPTN itu tidak ditutup, malah kutipan semula hutang pelajar juga sangat membebankan kepada golongan Mahasiswa.


Sebelum ini, PTPTN dilaporkan telah memansuhkan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar yang membayar semula pinjaman mereka mengikut jadual yang ditetapkan. 


Bahkan pengecualian bagi pelajar cemerlang untuk membayar semula pinjaman yang dibuat juga turut dihapuskan. Dalam erti kata lainnya, PTPTN tetap mengutip hutang dari mereka.


Hari ini, PTPTN sibuk nak kutip pandangan orang awam bagi mencari kaedah terbaik untuk mengutip semula hutang dari peminjam. Kononnya perkara itu menjadi "Fokus Utama" Rejim Pakatan.


Rasanya kalau diorang tanya kepada rakyat, dah tentu diorang akan tuntut Rejim Pakatan Hancing menunaikan Janji Manifesto yang dijaja sewaktu kempen Pilihan Raya Umum yang lalu. Jangan jadi golongan MUNAFIK!!!

4 ulasan:

  1. Menteri2 PH tiada idea, ketandusan idea, kini merayu idea2 dari rakyat... Eloklah jangan diberi, takut nanti bila diberi mereka pula yang ambil kredit, faham2lah mereka tu specis kulit tebal, muka tak malu, masuk bakul angkat sendiri...

    BalasPadam
  2. janji tunai la..!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.