Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa supaya kes melibatkan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther dengan setiausaha politik beliau, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dibuka semula siasatannya tidak dipolitikkan.
Beliau berkata biarlah polis yang membuat keputusan mengenainya, sekali gus menyifatkan kes itu kecil.
“Biarkan polis membuat keputusan itu. Terdapat banyak kes serius yang saya tahu. Jangan mempolitikkan kes kecil ini,” katanya pada satu acara di Bangsar hari ini.
Sebelum itu, polis memanggil Yusoff susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya membuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap pembantu presiden PKR itu tahun lepas.
FMT difahamkan bahawa polis diminta mengemukakan kertas siasatan kepada AGC hari ini sebaik sahaja mereka selesai mengambil kenyataan Yusoff.
Difahamkan juga bahawa satu siasatan baru dijalankan ke atas setiausaha politik Anwar, Farhash di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan berkait kesalahan intimidasi jenayah dan menyebabkan kecederaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.