Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional menarik semula SD yang dibuat sebelum ini.
Kemudian diikuti pula dengan perubahan pendirian yang dibuat oleh DAPigs yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi beralih kepada Anwar Ibrahim pada hari ini.
Ia sekaligus meranapkan impian Mahathir untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada wakil pelbagai parti Politik Tanpa Pembangkang mengikut acuan Mahathirisme.
Malah hasrat Mahathir mahu memiliki "Absolute Power" dan menjadi 'Supreme Leader' dalam Kerajaan baru itu juga turut terlerai. Kini jalan keluar yang paling tuntas adalah dengan membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya semula.
Bagi pihak Pakatan Hancing pula, agenda mereka untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga menemui jalan buntu apabila jumlah sokongan yang diperolehi tidak mencukupi bagi membentuk Kerajaan PH 2.0.
Jika dilihat dari satu sudut, agenda Politik kedua - dua belah pihak sama ada Mahathir mahupun Pakatan Hancing hanya berkisar mengenai kepentingan induvidu dan bukannya memberi keutamaan kepada rakyat.
Sebelum ini puak Pakatan Hancing yang terdiri daripada PKR, DAPigs dan PAN selalu membicarakan soal "MANDAT RAKYAT". Mereka kata ia jalan yang paling demokratik dan mengikut Perlembagaan yang dianggap "constitutional".
Jadi, kenapa tidak mereka menyokong agar Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum untuk diadakan? Adakah mereka hanya sekadar mampu menyalak tetapi dalam masa yang sama Takut Pada Bayang - Bayang sendiri?
Sewajarnya Pakatan Hancing tidak perlu bersembunyi disebalik slogan 'Mandat Rakyat' bagi meneruskan agenda buruk yang telah mereka lakukan selama memerintah. Sebaliknya, mereka perlu berikan kuasa kepada rakyat. Lagi pun, Malaysia ni bukan BAPAK diorang punya!!!
Perutusan Tun Mahathir petang tadi dengan sendirinya mengesahkan tembelangnya untuk terus berkuasa melalui kuasa Parlimen dan melalui sokongan UMNO dan Pas yang memang beliau mempunyai hubungan lain di belakang tabir dengan kedua-dua parti itu
BalasPadamMajlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.
Mahathir hanya enggan bekerjasama dengan UMNO dalam kerajaan campuran saja, namun tidak pula menolak sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mahu mengekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri jika berlaku pengundian antaranya dengan Anwar.
Kenapa tidak mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi mahu pula menerima sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO?
Justeru itu, keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pakatan Harapan kekal komited terhadap aspirasi dan amanat rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial.
PH tidak akan mengkhianati amanah ini.
perenggan 8 dan 9 ucapan perutusannya sebagaimana disertakan dibawah, jika diteliti, jelas membuktikan hakikat tersebut.
8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.
9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.
Perenggan 8 dengan nyata mengesahkan Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan dan kemudian menyerahkan kepada Parlimen menentukan siapa yang akan menggantikannya.
Seterusnya, beliau menyebut, jika dirinya masih disokong, dia akan kembali menjadi Perdana Menteri semula.
Wahai Tun Mahathir yang sudah menuju usia 95 tahun, begitukah sepatutnya perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujuinya bersama PH?
Mengapa selepas meletakkan jawatan, jika masih disokong oleh Parlimen, masih mahu kembali lagi sebagai Perdana Menteri?
Tidakkah, apabila sudah meletakkan jawatan, ia bermakna beliau harus meletakkan jawatan secara muktamad dan tiada perlu untuk kembali lagi?
Setelah bukan lagi menjadi Pengerusi Bersatu, ideanya mahu melakukan pemerintahan tanpa parti pula?
Kalau tanpa parti, bukankah dirinya nanti akan menjadi paling berkuasa sekali selama mana yang dikehendakinya?
Cukup-cukuplah lidah bercabang nih..!
PH amat mahir dengan demo, ejek, lukis kartun untuk menghinakan individu yang mereka benci.... berbeza dgn BN yg cool bila kalah...
BalasPadam