Ramai hari ini yang bercakap soal nak memperkasakan institusi itu dan ini. Tapi dari sudut perlaksanaan, hanya sekadar bercakap dibibir sahaja. Tiada implimentasi khusus dilakukan secara serius dimana - mana peringkat sekali pun.
Malang sekali apabila UMNO sendiri tidak mengimplimentasikan agenda pemerkasaan itu diperingkat akar umbi. Tapi dimulut jenuh bercakap soal nak memperkasakan parti. Perlaksanaannya? Implimentasinya? Masih diperingkat "Perbincangan"?
Dalam Perhimpunan Agung yang lalu, UMNO meluluskan pindaan berhubung isu pemilihan calon bagi mewakili rakyat bagi kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Tapi berita yang diterima sejak kebelakangan ini agak mengecewakan.
Katanya diperingkat pusat, isu berkaitan pembahagian kerusi sedang dijalankan diantara parti - parti yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional. Maknanya pihak yang terlibat ialah UMNO, PAS dan juga PPBM serta proksi yang melibatkan bekas pemimpin PKR.
Itu belum masuk parti lain dalam Barisan Nasional. (Kecuali parti dari Negeri Sarawak yang memang kekal dengan kuasa autonomi mereka). Jadi soalnya, dimana keberkesanan pindaan yang dibuat oleh UMNO sebelum ini? Katanya nak bagi UMNO Bahagian yang tentukan calon?
Bagaimana sekiranya, pucuk pimpinan menentukan satu kawasan itu untuk parti tertentu misalnya PPBM bertanding tetapi UMNO diperingkat Bahagian menolak keputusan yang telah dibuat? Tidakkah ia akan mewujudkan 'Reperkusi' dalaman? Sudahkah perkara itu diambil kira?
Persoalan itu kini hangat diperkatakan diperingkat akar umbi parti dan seharusnya pucuk pimpinan mengambil berat tentang isu ini. Atau adakah suara ahli diperingkat akar umbi ini masih lagi terpinggir dari pendengaran pucuk pimpinan atasan?
Zaman sekarang bukannya seperti zaman dulu. Kalau dulu, setiap keputusan pucuk pimpinan perlu diperakui oleh ahli diperingkat akar umbi. Apa saja keputusan pucuk pimpinan, ahli kena akur begitu sahaja. Zaman itu sudah berlalu. Zaman itu yang menyebabkan UMNO tersungkur.
Sewajarnya pucuk pimpinan parti memberi perhatian secara serius berkaitan perkara ini. Suara ahli diperingkat akar umbi perlu didengar dan diambil kira. Mereka berhak ke atas keputusan untuk menentukan siapa calon yang dirasakan sesuai untuk mewakili mereka sama ada diperingkat Parlimen mahupun DUN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.