Ek eleh!!! Kenapa la Ahli Parlimen sorang ni degil sangat? Nak buat apa lagi Datuk Azalina ni nak mengabihkan masa melayan Si Mangkuk Ayun Mazlan tu?
Hari tu kan Si Mazlan ni dah cakap yang dia takkan mintak maaf dengan sesiapa pun. Apa yang dia buat kononnya adalah untuk rakyat. Jadi, untuk apa pulak dia nak mintak maaf?
Daripada Datuk Azalina suruh Si Mangkuk Ayun tu mintak maaf, baik Datuk cabar dia supaya bertanding di Parlimen Pengerang dalam PRU akan datang. Lagi bagus.
Dengar kata Si Mazlan Pemalas tu nak bertanding di Bera. Kononnya dia rasa yang dia tu dah cukup kuat la kat tempat Datuk Ismail Sabri tu.
Walhal, dia takut nak bertanding di Johor sebab orang kampung sendiri tau perangai dia yang pemalas tu. Kalau tidak, kenapa pulak dia nak pergi ke tempat orang dan bertanding!!! Buat semak je!!! Dah la kerja malas, tau nak duduk goyang kaki je kerjanya!!!
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman memberi masa seminggu kepada ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman untuk memohon maaf atas kenyataannya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di kawasan itu.Mazlan dalam ucapannya semasa Perhimpunan Hijau di Pengerang baru-baru ini mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memilih Pengerang bagi menjalankan projek Rapid itu.Azalina berkata, beliau tidak teragak-agak untuk menyaman Mazlan, yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sekiranya beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf.Beliau berkata, pihaknya telah bersedia membawa perkara itu ke mahkamah dan telah menyerahkan 'letter of demand' kepada Mazlan melalui peguamnya."Tidak mahu mohon maaf tidak apa...kita jumpa di mahkamah," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.