Halaman

Rabu, Oktober 24, 2012

JUAL TANAH YAYASAN, KHALID GAGAP SENYUM JE!!!


Ala, setakat jual tanah Yayasan. Bukan apa sangat pun. Kenapa orang nak bising - bising tak tentu arah ni? Bukannya dia jual tu untuk kepentingan dia.

Kan semalam Si Ketua Penipu tu dah kata yang Si Khalid Gagap ni bukan jenis pemimpin yang suka jual tanah untuk kepentingan dia sendiri?

Tapi, memang patut sangat la orang tak percaya dengan apa yang dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu. Dah nama pun dia Ketua Penipu. Jadi, orang nak percaya menda kejadahnya lagi!!! Kalau dah Ketuanya kuat Menipu, anak buah apa lagi, semuanya Penyamun belaka!!!
SHAH ALAM : Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Yayasan Selangor sudah pun menjual sebidang tanah di Klang kepada syarikat Cina, justeru beliau berhak membuat keputusan berhubung pembangunan tanah tersebut.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh sumber-sumber rapat dalaman PKR yang mengesahkan Yayasan Selangor masih memegang hak milik tanah seluas 18.51 ekar itu.
 
"Secara sahnya, yayasan masih lagi memegang geran tanah tu. Tanah itu masih lagi tanah Yayasan Selangor," tegas sumber itu. 
 
Khalid petang tadi mendakwa tanah itu bukan lagi milik Yayasan Selangor, justeru sebarang keputusan untuk membangunkan tanah itu tidak harus menjadi kontroversi. 
 
“Yayasan Selangor sudah jual dan bagi kuasa tanah itu kepada syarikat Cina dan dia pun tidak mempunyai kuasa atas tanah itu...orang Melayu ini kalau dapat tanah, beri kuasa pada orang lain,” kata Khalid kepada pemberita.
 
Pengurusan Yayasan Selangor difahamkan masih berusaha untuk menyakinkan Khalid membatalkan keputusan melucutkan hak milik Yayasan Selangor ke atas tanah itu. 
 
Blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Pengurus Besar, Ilham Marzuki mengutus surat kepada Khalid menggesa beliau menarik balik arahan itu atau sekurang-kurangnya memberi pampasan yang sesuai dalam bentuk tanah baru atau wang kepada pihak yayasan sebagai ganti.
 
Ketika dihubungi Ilham mengesahkan bahawa pihaknya mahu mengekalkan hak ke atas tanah itu untuk dibangunkan projek bagi membiayai program-program biasiswa dan pinjaman untuk anak kelahiran Selangor. 
 
"Paling utama, saya mahu jana duit dan duit itulah yang akan diagihkan kepada anak-anak Selangor," kata Ilham kepada Antarapos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.