Halaman

Selasa, Oktober 23, 2012

NURUL IZZAH MULA KETAR BACA BERITA NI!!!


Selama hari ni, Si Nurul Izzah tu cukup lantang mencabar Perdana Menteri agar tidak melarikan diri dari terus bertanding di Pekan.

Tapi dalam masa yang sama, dia sendiri dikhabarkan akan angkat kaki dari terus mengekalkan kerusi yang disandang pada ketika ini di Lembah Pantai.

Nak pulak apabila rakyat serta pengundi di Lembah Pantai pun dah mula muak dengan Politiking Si Anak Ketua Penipu tu. Dia bukan buat kerja pun.

Apa yang dia buat hanya bercakap dan menipu rakyat. Tabur janji yang bukan - bukan lepas tu, satu hapah pun dia tak tunaikan. Itu je kerja Si Nurul Izzah tu

Setakat bercakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Jadi, tak heran la kalau dia nak angkat kaki. Tambah pulak Datuk Raja Nong Chik bakal bertanding dikawasan Lembah Pantai. Memang patut sangat la dia terkencing dalam kain!!!
KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
   
Bekas anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini.
   
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: “Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.   
   
“Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu.
   
Raja Nong Chik berkata hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.
   
“Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.
   
“Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang,” katanya.
   
Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.
   
“Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?
   
“Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat,” katanya. - Bernama

2 ulasan:

  1. Salam perjuangan kpd saudara,sy telah pautkan blog saudara kdlm blog sy.. dan mohon juga dipautkan blog sy ini aktiviskepayangjr.blogspot.com kdlm blog saudara tq.

    BalasPadam
  2. salam..mohon pautkan blog saya http://sangkakalajari9.blogspot.com blog tuan telah saya pautkan ke blog saya terima kasih

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.