Halaman

Khamis, Oktober 25, 2012

TUDUH NEELOFA PAKAI BAJU JARANG TAK PATUT!!!



Sekiranya minggu lalu aktres cantik ini panas dengan kontroversi ‘kisah cintanya’ bersama aktor kacak Hans Isaac, minggu ini timbul pula isu baru apabila pengacara NONA ini dikatakan telah memakai pakaian yang jarang sehingga menampakkan susuk pakaian dalam sewaktu sidang media Anugerah Skrin 2012 Khamis lalu.

Tak melatah, Neelofa amat tenang memberikan respon terhadap kritikan peminat mengenai isu berkenaan.

“Sebenarnya, masa hari tu Lofa pakai skirt rekaan Syaiful Baharim dan baju tu memang Lofa beli sendiri. Masa pakai baju tu tak nampak pun macam jarang.”

“Tapi Lofa mengaku memang salah Lofa sebab tak perasan benda-benda macam tu. Lepas ni Lofa akan lebih berhati-hati untuk memilih pakaian,” ujar Neelofa sambil tersenyum.


Nampaknya dalam sibuk dilanda kontroversi, rezeki Neelofa semakin melimpah ruah apabila aktres cantik ini dipilih sebagai pengacara untuk salah sebuah program hiburan terbitan Astro yang dikenali sebagai ‘MeleTop.’

Menerusi program ‘MeleTop,’ Neelofa akan digandingkan dengan pelawak terkenal, Nabil dan mereka akan mengendalikan sebuah program hiburan yang berbentuk komedi dan diselitkan dengan cerita-cerita gosip artis. 

Program ini akan bersiaran setiap hari Selasa, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro-On-the-Go bermula 30 Oktober ini.

1 ulasan:

  1. cantik apa kalau neelofa pakai macam tu..yang tu pun nak disebarkan..apa ke pelik orang zaman sekarang..saya hanya memberikan fakta..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.