Huh!!! Makin parak la Si Husam ni dibuatnya. Makin hari makin terkedu dia dengan pelbagai persoalan yang saban hari dibangkitkan oleh rakyat.
Sampai hari ni, dia masih lagi GAGAL untuk menjelaskan mengenai isu dana kutipan derma dari rakyat untuk membina Lebuh Raya Kuala Krai - Kota Bharu tu.
Sebelum ini, dia jugak turut memperlekehkan janji yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri sewaktu lawatannya beliau ke Kelantan baru - baru ni.
Kononnya, Kata Si Husam tu, janji tersebut hanya cubaan untuk memancing undi dari rakyat je. Kata Husam, semua janji tu memang dah dilaksanakan oleh Rejim PAS Kelantan.
Sekarang, dah Si Nik Aziz tu pulak bagi lampu hijau kepada niat Kerajaan Pusat untuk membantu rakyat di negeri Kelantan.
GUA MUSANG - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menghalang hasrat kerajaan persekutuan untuk membina 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi faedah rakyat negeri itu.Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan untuk membina projek perumahan itu di mana-mana sahaja kawasan yang dipilih, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Geran Hak Milik Tapak Rumah Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, di sini, hari ini.Seramai 81 daripada 196 peneroka yang tinggal di RKT Kesedar Lebir sejak lebih 30 tahun lalu, menerima geran hak milik bagi tapak rumah masing-masing walaupun Kesedar membayar premium keseluruhan RKT bagi mendapatkan geran hak milik daripada kerajaan negeri.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melawat Kelantan baru-baru ini mengumumkan tujuh projek besar untuk dilaksanakan bagi faedah rakyat negeri itu termasuk 1,000 unit rumah PPR yang kedua selepas projek pertama dilaksanakan di Gua Musang.
Hah! Itu membuktikan bahawa Si Nik Aziz tu mengiktiraf bantuan dan juga tindakan yang diambil oleh kerajaan Pusat demi untuk kebajikan rakyat.
Bukan la macam Si Husam tu. Belum apa - apa lagi dah melatah dan memperlekehkan bantuan orang dengan dakwaan yang bukan - bukan.
Lepas tu siap keluar pulak kenyataan yang tak masuk akal. Buat cerita pulak mengalahkan wayang kanak - kanak. Tu semua hanya rekaan untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan rakyat. Dia ingat rakyat ni bodoh sangat ke!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.