Halaman

Jumaat, Disember 26, 2014

DAPAT JUGA "PESTA" MB S'GOR!!!

Mungkin ada sesetengah pihak akan kata ianya satu musibah. Mungkin jugak ada yang akan kata ini semua tanda - tanda kecil. Tapi itulah hakikat sebenarnya yang tak dapat dinafikan.

Mungkinkah Si Menteri Besar Selangor tu akan sedar dengan khifarah ini atau dia tetap berdegil dengan keangkuhan dirinya sebelum ini? Adakah dia masih lagi tidak sedarkan diri?

Jika dilaman - laman media sosial, kebanyakkan rakyat mendesak agar pihak Kerajaan membatalkan semua acara sambutan tahun baru dan digantikan dengan acara yang lebih Islamik.
Walaupun Putrajaya sudah pun mengumumkan pendirian mereka semalam dan bertindak mengikut suara rakyat, namun Si Menteri Besar Selangor tu dilihat masih tetap dengan keangkuhannya.

Dia tetap juga mahu meneruskan acara sambutan diambang tahun baru biarpun ianya mendapat bantahan dari kalangan rakyat sendiri. Jelas, suara rakyat tidak lansung diendahkan.

Desakan agar semua acara itu dibatalkan adalah sebagai tanda simpati dan prihatin pihak Kerajaan terhadap nasib malang yang menimpa rakyat dibeberapa kawasan yang sedang dilanda banjir.
Namun semua itu tidak lansung diendahkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu. Penyudahnya, kawasan yang nak dianjurkan pesta tu sendiri dilanda banjir malam semalam.

Dilaporkan, air naik mendadak dibeberapa kawasan termasuk Seksyen 20 Shah Alam dan sekitar kawasan Lebuh Raya Guthrie. Ada yang melaporkan air naik sehingga paras lutut.

Tidakkah keadaan itu memberikan gambaran bahawa ianya satu khifarah buat Si Menteri Besar Selangor tu sendiri? Kalau bercakap dengan orang yang memang tak sedarkan diri ni memang susah la jawabnya!!!

1 ulasan:

  1. udah2 le tu mempitnah. dajei sunguh

    http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/26/selangor-batal-sambut-tahun-baru/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.