Halaman

Selasa, Disember 16, 2014

MUNGKIN MEREKA BELUM PUAS 'MEMBONGAKKAN' DIRI!!!

Bagi warga marhaen yang berada diperingkat bawahan, ianya sudah menjadi satu perkara yang muak bila membaca kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan ni.

Berapa kali dia nak desak puak - puak DAPigs tu untuk bertindak keluar dari Pakatan hanya kerana tidak bersetuju dengan cadangan perlaksanaan Hukum Hudud yang direncanakan?

Buat apa dia nak menghabiskan masa buat desakan yang dia sendiri pun tahu hanya sekadar satu tindakan yang sia - sia dan setakat menghabiskan masa tak tentu arah tu?

Semalam, buat sekian kalinya, Si Timbalan Menteri Besar Kelantan tu menunjukkan keBEBALan pemikiran dia sendiri apabila terus mendesak DAPigs untuk meninggalkan Pakatan.

Desakan tersebut dibuat bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tokong DAPigs sewaktu meluluskan resolusi mereka dalam Persidangan parti itu di Kuala Lumpur sebelum ini.

Kata Si Timbalan Menteri Besar Kelantan tu, jika DAPigs merasa tidak selesa pada kedudukan mereka sekarang, maka mereka dialu - alukan untuk keluar dari Pakatan.
"Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Tapi, adakah Si Timbalan Menteri Besar Kelantan tu sedar. Bukan sahaja DAPigs yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Tapi PKR juga turut menyatakan perkara yang sama.

Sekarang, dua komponen didalam Pakatan itu sudah pun menyatakan pendirian yang jelas dilihat tidak menyokong cadangan PAS untuk melaksanakan hukum tersebut di Kelantan.

Jadi, siapa yang sepatutnya meninggalkan Pakatan jika bukan PAS sendiri? Jika PAS rasa mereka tertekan dengan desakan dari DAPigs dan PKR, kenapa tidak mereka yang keluar?

Bukankah sudah kita nyatakan sebelum ini. DAPigs dan PKR tu hanya berjuang demi memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Yang PAS nak jugak percaya pada diorang tu sapa suruh? Sekarang, "Hidung Tak Mancung, Pipi pulak yang Songeh!!!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.