Mungkin bagi sesetengah orang pesta buih yang bermula pada awal tahun ini sudah pun berakhir sebaik sahaja pemilihan parti itu selesai beberapa bulan yang lalu. Namun ternyata semua anggapan itu ternyata silap.
Biarpun kemelut kepimpinan yang melanda PKR di negeri Selangor itu boleh dianggap berakhir, tetapi kerosakan dalaman yang melanda parti itu masih juga belum reda. Perkara itu satu hakikat yang perlu diterima oleh PKR sendiri.
Jika kita lihat, serangan demi serangan dibuat terhadap Si Azmin Ali tu oleh Si Chagubard membuktikan kemelut kepimpinan dikalangan puak - puak Parti Khianati Rakyat tu masih lagi belum selesai sepenuhnya. Ianya masih lagi membara.
Sesungguhnya dendam kesumat yang masih membuku didalam hati pihak - pihak tertentu dalam PKR itu sendiri tidak dapat dilenyapkan begitu sahaja. Sudah pasti ada lagi percikannya yang membuatkan mereka tidak berpuas hati.
Lihat sahaja bagaimana Si Azmin Ali tu didakwa cuba mengkhianati Si Khalid Ibrahim dalam dakwaan yang dibuat terhadap pemberian wang saguhati sebanyak RM 2juta kepada anak - anak buahnya. Tidakkah itu bukti yang kukuh?
Tak cukup dengan itu sahaja. Malah perkembangan terkini di Sabah juga turut membuktikan bahawa PKR masih lagi bertelagah sesama mereka sendiri apabila perlantikan Pengerusi Negeri diumumkan sebelum ini.
Di Sabah, akibat tidak percaya kepada pemilihan yang dibuat oleh kepimpinan PKR Pusat membuatkan seorang wakil rakyatnya bertindak mengugut untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN hanya kerana kecewa dengan perlantikan Lajim Ukin.
Hal itu secara tidak lansung dilihat sebagai satu tindakan yang membenarkan dakwaan sesetengah pihak yang selama ini berpendapat bahawa PKR bukan sebuah parti yang benar - benar berjuang untuk menjaga kebajikan rakyat.
Sebaliknya, PKR hanya berjuang demi memastikan kepentingan sesetengah pihak sahaja yang terpelihara terutama sekali kepentingan Politik Si Ketua Penipu tu sendiri. Itu juga satu hakikat yang tidak dapat dinafikan.
Rata - rata, perlantikan Pengerusi Negeri yang dibuat terdiri dari kalangan mereka yang hanya Pro Anwar dan bukannya Pro Azmin. Tindakan itu dilihat sebagai salah satu langkah preventasi untuk menghalang Azmin dari terus berkuasa.
Jika dilihat, bukan sahaja di Sabah, malah di Pahang, di Kedah dan juga dibeberapa kawasan lain juga mengalami keadaan yang sama. Kumpulan Pro Azmin jelas kecewa dengan perlantikan yang cuba dilakukan oleh kepimpinan PKR Pusat.
Jadi, sudah jelas, terang dan nyata semua itu membuktikan bahawa PKR ni bukannya sebuah parti yang benar - benar mahu berjuang demi menegakkan Keadilan. Sebaliknya Keadilan yang ditegakkan hanya bersifat berat sebelah dan dwi standard. Sedangkan sesama mereka pun sanggup dikhianati secara terbuka, inikan pulak dengan rakyat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.