Halaman

Jumaat, Disember 19, 2014

TUN M BOLEH HADIR TAPI KENA DIAM!!!

Ops! Jangan silap pulak ye. Bukan la orang nak arahkan Negarawan Negara tu supaya dia berdiam diri dari memberikan kritikan atau pandangan mengenai apa yang berlaku di Malaysia ni.

Tapi Tun hanya diminta untuk berdiam sekiranya benar ada pihak yang menjemput beliau menghadiri sidang Parlimen tergempar yang didesak oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu sebelum ini.

Apa sebab PAS mintak supaya pihak Kerajaan mengadakan sidang Parlimen tergempar? Untuk memperincikan semula Bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib.

Katanya, sidang Parlimen tergempar itu perlu diadakan bagi memperincikan beberapa perkara berdasarkan kepada suasana ekonomi yang tidak menentu susulan kejatuhan nilai ringgit.

Jadi, kenapa pulak diorang nak desak supaya Tun Mahathir juga turut dijemput sama bagi menghadiri sidang Parlimen tergempar itu? Apa pulak faedahnya untuk Tun turut serta?

Alasan yang PAS berikan, Tun Mahathir sebelum ini Berjaya Menyelesaikan Krisis Kewangan Negara pada tahun 1999 dan pandangan beliau boleh dijadikan sebagai panduan.

Heh! Pelikkan. Bukan ke selama ini puak - puak Pakatan Haramjadah tu kata orang yang selesaikan krisis kewangan Negara pada ketika itu bukannya Tun Mahathir?

Bukan ke selama hari ini diorang dakwa kata Si Ketua Penipu tu yang selesaikan masalah tersebut? Diorang juga yang tuduh kata Tun Mahathir yang menjadi punca kepada krisis tersebut?

Jadi, kenapa sekarang diorang nak guna pakai pandangan Tun Mahathir untuk menyelesaikan apa yang mereka anggap sebagai Krisis Kewangan Negara pulak?

Kalau dulu, bukan main lagi puak - puak PAS ni mengutuk Tun Mahathir dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan. Dah sekarang diorang pulak yang nak dengar cakap Tun Mahathir? Memalukan sungguh!!! Jenis manusia tak de pendirian ni memang susah!!!

1 ulasan:

  1. Ketum sebenarnya tak tahu apa2 pasal pengurusan kewangan negara. Yg dia tahu hanya ... kalau untung berapa bahagian aku. Kalau rugi hang tanggunglah sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.