Heh! Nampak gayanya kurang dah orang bercerita pasal Fitnah yang disebarkan oleh Si Rafizi tu terhadap PAS sebelum ini. Dah tak ramai orang bercerita mengenai Fitnah tersebut.
Kalau tidak sebelum ni, pantang Si Rafizi tu buat pendedahan. Pasti cerita yang didedahkan itu menjadi tajuk utama mereka yang sering berpolitik di kedai kopi sehingga berminggu - minggu.
Tapi kali ini, Fitnah yang disebarkan oleh Si Rafizi tu hanya bertahan untuk beberapa hari sahaja. Lepas habis seminggu, terus orang pun lupa apa yang telah didedahkan oleh Si Rafizi tu.
Kemungkinan besar rakyat di Malaysia ni dah terlalu masak dengan perangai Haramjadah yang sering dipamerkan oleh Si Rafizi tu. Mungkin orang ramai dah tau yang Si Rafizi tu 'Kaki Fitnah'.
Maka sebab itu mereka kurang percaya dengan tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap PAS sehingga menyebabkan cerita Fitnah Si Rafizi tu tidak menjadi cerita sensasi seperti yang diharapkan.
Malangnya sehingga ke hari ini, Si Rafizi tu yang berjanji kata dia nak serahkan 'Bukti' berkaitan dengan tuduhannya itu kepada pihak SPRM masih tidak menunaikannya lagi. Kenapa dia tak serahkan bukti tu?
Sebaliknya, Si Rafizi tu pulak yang terpaksa tampil membuat Akuan Bersumpah untuk menafikan bahawa dia pernah menerima dana kewangan dari seorang Jutawan yang bernama John Soh.
Secara tidak lansung, Si Rafizi tu seolah - olah ditimpa hukuman diatas tindakannya yang suka menjaja kisah fitnah terhadap orang lain sehingga menyebabkan diri dia sendiri menghadapi tuduhan sedemikian.
Dia tuduh orang dapat dana kewangan untuk tujuan Politik. Sebaliknya, dia pulak yang didakwa menerima dana kewangan tersebut dari seorang Jutawam yang mahu menjahanamkan Negara. Itu namanya Khifarah. Tapi orang macam Si Rafizi ni mana sedar semua tu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.