Halaman

Selasa, April 18, 2017

MAHFUZ BEAN IBARAT "BERUK CARI DAHAN" NAK BERGANTUNG!!!

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa bahawa kedudukan Si Mahfuz Bean tu pada ketika ini sudah tidak mempunyai peluang dan masa depan yang cerah dalam parti PAS.

Malah menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Amar, Si Mahfuz Bean tu sejak kebelakangan ini mudah terkeliru dan seolah - olah tidak tahu hendak membuat sebarang keputusan.
"Saya sebenarnya kesian tengok sebab beliau (Mahfuz) tak tahu ke mana dan mencari tempat untuk bergantung.
"Namun, bagi saya beliau sudah buat silap. Kalau duduk elok-elok kat PAS, peluang beliau lebih cerah," katanya temubual eksklusif bersama Sinar Harian, semalam.
Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena tampil mengkritik tindakan pemimpin partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian PPBM di Stadium Malawati.

Si Mahfuz Bean tu turut menyifatkan, tindakan pemimpin partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.

Dalam masa yang sama, Mohd Amar juga turut menjelaskan bahawa dia melihat sebab utama Si Mahfuz Bean tu masih kekal bersama PAS kerana sumpah bai'ah yang telah dilafazkan sebelum ini.
"Saya rasa dia ni takut dengan bai'ah dan sumpahnya sebab itu beliau tidak berani keluar dari parti dan menunggu untuk dipecat.
"Namun, kalau beliau sertai Amanah, secara automatik beliau akan terkeluar daripada PAS sebab dalam Perlembagaan jelas mengatakan jika ahli menyertai parti lain, akan dikeluarkan serta-merta," tambahnya lagi.
Walaubagaimana pun, Mohd Amar tetap enggan membuat sebarang ulasan lanjut sama ada PAS mahu mengambil tindakan disiplin terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu.
"Kami ahli jawatankuasa PAS pusat tidak masuk campur urusan ahli jawatankuasa disiplin ini, tugas kami hanyalah menyediakan bahan bukti sahaja" katanya.
Pokok pangkalnya, Si Mahfuz Bean tu tetap merasa dirinya terlalu kebal kerana tidak ada sebarang tindakan yang diambil sedangkan orang ramai pun tau bahawa PAS kesian pada dia. Kalau dilucutkan jawatan, lepas ni duduk merempat kat tepi longkang la Si Mahfuz Bean tu dibuatnya!!!

1 ulasan:

  1. Mahfuz bean ibarat taik yg cari tong taik nak sembunyi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.