Halaman

Sabtu, April 15, 2017

MEMALUKAN KARTEL, MAK LAMPIR TERSINGKIR!!!

Jika sebelum ini, Si Mak Lampir Zuraida ni dilabelkan sebagai pengikut setia kepada Timbalan Presiden PKR, namun kini kedua - duanya dipercayai sudah bertelagah serta membawa haluan sendiri.

Sumber terdekat PKR mendedahkan, meskipun perkara itu tidak dapat dihidu pihak luar, namun ia tidak dapat diselindungi daripada pihak dalaman yang menyaksikannya di depan mata.

Bagaimanapun ramai yang diam seribu bahasa kerana bimbang rahsia tersebut akan terbongkar serta tidak kurang pula yang berkongsi tentang konflik dalaman parti dengan pihak luar.

Perpecahan kartel itu difahamkan telah memberi kesan sehingga menyebabkan Si Mak Lampir tu enggan bertanding untuk mempertahankan kerusinya dikawasan Parlimen Ampang.

Walaubagaimana pun, difahamkan kartel itu pada ketika ini didokong oleh pengikut setia Azmin seperti ADUN Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie serta beberapa kepimpinan parti itu di Selangor.

Sumber itu juga memberitahu bahawa Si Mak Lampir tu cuba menyembunyikan masalah dalaman tersebut dengan memberikan alasan ingin membantu Pakatan menawan beberapa negeri lain.
“Tindakan beliau itu sudah menjelaskan keadaan sebenar bahawa beliau tidak lagi ‘sebulu’ dengan Azmin, namun tidak membuat pencerahan tentang apa yang berlaku,” kata sumber itu kepada BNBBC.my portal.
Keadaan semakin jelas lagi apabila Azmin sendiri pada hari semalam cuba mengelak daripada menjawab soalan pengamal media berkaitan nama Si Mak Lampir itu dalam senarai calon PKR Selangor.

Menteri Besar Selangor itu juga dilihat lebih banyak berdiam diri daripada menjawab pelbagai spekulasi khususnya mengenai calon di Ampang dan juga isu berkaitan dengan Anak Ikan Si Mak Lampir tu.

Dengar katanya, Si Menteri Besar Selangor itu juga sedang berusaha mengembangkan pengaruhnya dalam parti sebagai strategi untuk menumbangkan Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Pokok pangkalnya, pendedahan yang dibuat melalui sumber tersebut sekaligus membuktikan bahawa kemelut kepimpinan yang melanda PKR pada ketika ini bukan sahaja berada dalam keadaan yang sangat kronik. Malah ianya semakin bertambah parah!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.