"Suami mana yang tahan kalau Isterinya biadap?" Itu perumpamaan yang paling mudah untuk memberikan gambaran terhadap hubungan kerjasama Politik diantara PAS dan PKR ni sebenarnya.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila PKR sejak kebelakangan ini memperlihatkan penentangan mereka, bukan sahaja terhadap dasar perjuangan PAS, malah kepada kepimpinan parti itu secara terbuka.
Buktinya sudah cukup apabila pemimpin kanan PKR tampil seorang demi seorang mengkritik dan mengutuk kepimpinan PAS diatas pentas parti yang menjadikan sebagai 'Musuh Utama'.
Malah, kepimpinan PKR juga ada yang turut melabelkan PAS sebagai sebuah parti Pengkhianat yang kerap kali menggagalkan perancangan yang direncanakan oleh Pakatan sebelum ini.
Maka adalah wajar sekiranya PKR dianggap sebagai sebuah parti Biadap memandangkan mereka tidak pernah menghormati PAS sebagai 'Rakan Tahaluf Siyasi' mereka dalam Politik.
Kini, badan rujukan tertinggi dalam PAS, iaitu Majlis Syura Ulama bakal membuat keputusan muktamad dalam masa terdekat memandangkan gelombang kemarahan penyokong PAS sudah sampai pada tahap tertinggi.
Wakil Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Zulkifli Ismail membentangkan usul itu dengan penuh semangat dan lantang, memperjelaskan kepada perwakilan kenapa PKR perlu 'disingkirkan' oleh PAS.
PAS menyifatkan PKR adalah sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mengkhianati perjanjian dengan rakan tahalufnya, tetapi juga 'biadap' dan parti yang tidak lagi boleh dipercayai lagi oleh PAS.
Contoh jelas, PKR bukan sahaja mengkianati PAS, malah turut membantu DAPigs dan PAN dalam 'menggagalkan' usaha PAS untuk memperkasakan pindaan RUU355 yang dibentangkan oleh Hadi Awang baru - baru ini.
Bahkan kata Zulkifli, semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, PKR dilihat menyokong Parti Amanah Negara (PAN) untuk menentang calon yang dikemukakan oleh PAS.
"Apakah mereka yang menentang usaha PAS untuk memperkasakan undang-undang Islam juga adalah rakan tahaluf PAS?"
"Kita menentang PKR dan rakannya sekutunya kerana yakin hanya Islam yang boleh menyelesai masalah manusia. Kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali memutuskan hubungan kerjasama dengan mereka yang menentangnya," jelas Zulkifli sambil disambut dengan laungan takbir oleh perwakilan yang memenuhi setiap ruang Dewan Datuk Fahdil Noor di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Pokok pangkalnya, PAS memberikan gambaran yang jelas bahawa PKR ini merupakan sebuah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali yang suka 'Menikam' dari belakang apabila kepentingan Politik Peribadi mereka sudah berjaya dipenuhi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.