Halaman

Rabu, Mei 03, 2017

PKR "KECEWA TERLAMPAU" DAKWA PAS "GILA HABUAN"!!!

Heh! Nampak gayanya tak sudah - sudah lagi Si Mat Muka Bulan ni jadi Barua Suruhan DAPigs apabila dia terus menyerang dan membuat dakwaan secara terbuka terhadap kepimpinan PAS.

Malah, tindakan Setiausaha Agung PKR itu secara tidak lansung memberikan gambaran seolah - olah parti itu mengalu - alukan pendirian PAS untuk memutuskan hubungan Politik dengan PKR.

Jika sebelum ini, Si Saifuddin tu pernah tampil diatas pentas ceramah Pakatan dan membuat tuduhan secara terang - terangan terhadap PAS dengan dilabelkan sebagai parti 'Pengkhianat'.

Kali ini, Penasihat Strategi Lim Guan Eng itu sekali lagi membuat dakwaan kononnya PAS ni merupakan sebuah parti yang hanya mementingkan 'Pangkat, Habuan dan Jawatan' semata - mata.

Dakwaan itu dilakukan oleh Si Saifuddin melalui status yang telah dimuat-naik ke laman Facebook miliknya dengan memberikan gambaran seolah - olah PAS ni cukup mudah untuk dibeli.
Jelas, dari tindakan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung PKR itu membuktikan bahawa partinya kini sudah tidak memerlukan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Namun bagi sesetengah pihak, kenyataan Si Saifuddin itu menggambarkan "Kekecewaan Terlampau" yang sedang dihadapinya ekoran keputusan PAS yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR. Jadi, sebab itulah Barua DAPigs ni meroyan macam orang hilang akal!!!

2 ulasan:

  1. Pudin dah meroyan sbb pkr tak akan hebat jika tanpa sokongan pas.

    BalasPadam
  2. Si Pudin ni saya dah lama kenal...tak boleh pakai bang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.