Halaman

Rabu, September 27, 2017

HUSAM IKUT SKRIP DAPigs, DAKWA PAS BERADA DALAM DILEMA!!!

Nampak gayanya, Si Husam Musa ni dah mula ketandusan idea untuk menyerang kepimpinan PAS sehingga dia terpaksa mengitar semula isu berhubung isu kerjasama PAS dengan UMNO.

Nak bawak isu pasal hal balak di Kelantan, Si Husam tu sendiri tersangkut. Malah usaha dia nak memperlekehkan soal pentadbiran Rejim PAS Kelantan pun terkena pada batang hidung dia sendiri.

Maka sebab itulah Si Husam Musa tu kembali membuat dakwaan kononnya PAS nak wujudkan hubungan kerjasama Politik dengan Barisan Nasional menjelang PRU yang akan datang.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mendapat halangan daripada beberapa pemimpin parti itu untuk melakukan kerjasama.

Bagaimanapun, katanya, jika PAS tidak melakukan kerjasama dengan Barisan Nasional, maka parti itu dijangka akan kehilangan banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
"Untuk memperoleh kemenangan, PAS perlu bergabung dengan mana-mana parti termasuk BN atau menyertai pakatan pembangkang.
"Namun, perkara itu menjadi sukar kerana pemimpin kanan parti itu tidak merestui kerjasama terbabit menyebabkan PAS kini seperti dalam dilema," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Wakaf Mek Zainab dan Kampung Penambang, di sini, hari ini.
Berhubung kenyataan Naib Presiden PAS, Mohd Nik Amar yang mendakwa parti itu bercadang untuk bertanding lebih 100 kerusi pada PRU-14, Husam menganggap kenyataan itu sekadar ugutan kepada pakatan pembangkang.
"PAS sebelum ini menyatakan akan bertanding di 40 kemudian 80 dan kini 100 kerusi pula tetapi belum lagi ada sebarang kerjasama dibuat. Saya rasa itu hanya menjadi ugutan saja," katanya.
Dalam pada itu, Husam berkata, pemimpin PAS diperingkat pertengahan perlu membuat desakan kepada pemimpin tertinggi mereka untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu.

Apa yang jelas, tindakan Si Husam mengulangi isu kerjasama Politik diantara PAS dengan UMNO ni hanya sekadar mengikut skrip yang disediakan oleh DAPigs untuk memecah-belahkan orang Melayu. Bukannya dia nak menjaga kepentingan orang Melayu pun!!!

2 ulasan:

  1. Husam ni sembang je kencang. Masa jdi exco dulu segala projeknya gagal tak mendatangkan hasil. Depu, jamnapari, harta karun, minyak semuanya kosong.

    BalasPadam
  2. Dia ni tak cukup akal. Biarkan dia menyalak. PRU14. entah ada kerusi ke tidak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.