Kalau tengok hasil kajian yang dijalankan oleh Sinar Harian ni, memang elok sangat dah Si Azmin tu berpindah ke Parlimen Pekan seperti mana yang dia nyatakan secara terbuka sebelum ini.
Dari hasil kajian yang dijalankan oleh pihak media itu menunjukkan yang Si Azmin tu mengalami kemerosotan dari segi sokongan dikalangan rakyat sekitar kawasan Parlimen dia sendiri.
Selain Azmin, kedudukan Rafizi dan juga Si Zuraidah Mak Lampir selaku Ahli Parlimen Pandan dan juga Ampang turut dijangka goyah berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan.
Respons diterima daripada 550 responden, 300 daripadanya mahu ketiga-tiga wakil rakyat di tiga kawasan parlimen itu ditukar tanpa ada pendapat seorang pun daripada responden yang bersikap berkecuali.
Jika dilihat daripada senario ini, kemungkinan kekuatan Timbalan Presiden PKR itu hanya kukuh di kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang meletakkan dia sebagai seorang Menteri Besar.
Dalam erti kata mudahnya, Parlimen Gombak kini bukan lagi kawasan selamat buat Si Azmin. Nak pulak tanpa sokongan dan dokongan dari jentera PAS dalam PRU yang akan datang.
Maka secara strategiknya, PKR perlu mengambil peluang ini dan mengikut kehendak Si Azmin yang mahu bertanding di Parlimen Pekan, tempat YAB Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan sebelum ini.
Tapi persoalannya, adakah Si Azmin tu bersedia untuk memenuhi kata-katanya sendiri ATAU dia hanya sekadar pandai Bercakap Besar? Kalau setakat cakap je dia nak bertanding di Pekan, baik tak payah. Suruh budak sekolah tadika pun diorang pandai bercakap!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.