Halaman

Jumaat, Oktober 13, 2017

AHAD JADI PENENTU BUAT KHALID IBRAHIM!!!

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman mengenai kedudukannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Ahad ini.

Portal Malaysiakini melaporkan, perkara itu dimaklumkan pembantu Khalid, Faekah Husin. 

Ia susulan desas desus yang mengaitkan nama Khalid sebagai salah seorang daripada empat bekas menteri besar Selangor yang akan berganding bahu membantu Barisan Nasional (BN) merampas negeri berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu laporan portal itu juga menyebut salah seorang bekas menteri besar, Tan Sri Abu Hassan Omar mendedahkan Khalid sedia membantu BN merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum akan datang.

Abu Hassan yang juga Yang di-Pertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor itu berkata, Khalid termasuk dalam senarai empat bekas menteri besar Selangor yang akan membantu kemenangan BN di negeri itu.

Dua lagi bekas menteri besar itu adalah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Dr Mohd Khir Toyo. Abu Hassan berkata beliau mengetahui hasrat Khalid menerusi sumber yang terdekat dengannya.

Khalid diangkat sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PAS, PKR dan DAP berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun krisis dalaman PKR susulan idea Langkah Kajang, yang bertujuan menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar, menyebabkan Khalid terpaksa melepaskan jawatan berkenaan selepas dipecat PKR pada 2014. 

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kini bergelar wakil rakyat Bebas. Sungguhpun kelihatan akrab dengan PAS mutakhir ini, Khalid mengesahkan beliau tidak menyertai parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.