Bagus saranan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor ni yang mahu rakyat Malaysia khususnya di Selangor untuk menolak gutter politics atau politik longkang bagi menjamin perpaduan dalam negara.
Tapi, Politik Longkang yang dimaksudkan adalah termasuk budaya samseng serta fahaman rasis, bukannya Politik Longkang yang menjadi amalan dirinya sendiri selama hari ni.
Malah, kata Si Menteri Besar Selangor tu, ianya amat penting untuk rakyat bersama - sama membangunkan sebuah bangsa yang bermaruah, berwibawa dan menghormati nilai - nilai kemanusiaan sejagat.
"Ia juga selari dengan pendirian tegas Raja-raja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama termasuk penegasan mengenai keperluan memahami dan menghormati prinsip-prinsip murni yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutan.
"Pendirian Raja-raja Melayu adalah ibarat cahaya yang menyuluh serta memimpin rakyat mendepani cabaran termasuk menjawab tindakan melampau individu dan kumpulan yang mengugat kestabilan serta keharmonian masyarakat majmuk," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Tinggal lagi Si Azmin Ali tu mungkin terlupa nak sebut pasal budaya Politik Longkang yang sudah menjadi amalan kebiasaannya sejak menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini.
Diantara amalan Politik Longkang Si Azmin Ali tu ialah berpura - pura kononnya dia prihatin dengan isu rakyat seperti masalah longkang tersumbat dan pembuangan sampah yang tidak teratur.
Padahal sehingga ke hari ini, masalah itu masih belum dapat diselesaikan. Selain itu, Si Azmin Ali ni juga turut mengamalkan Politik Longkang untuk kepentingan peribadinya sendiri.
Sebagai contoh, isu berkaitan dengan rundingan kerjasama Politik diantara PKR dan PAS yang pernah dibangkitkan sedangkan rundingan itu hanya untuk kepentingan Politik Peribadi dia semata - mata.
Maka sebab itu cadangan yang telah dikemukakan oleh Si Azmin Ali tu ditolak mentah - mentah kerana ianya tidak melibatkan kepentingan pucuk pimpinan Pakatan Haprak itu secara lansung.
Bahkan sifat bermuka - muka yang dipamerkan oleh Si Azmin Ali tu berhubung isu sensitif dikalangan rakyat juga dianggap sebagai satu amalan Politik Longkang Menteri Besar Selangor tu.
Maka, adalah wajar sekiranya rakyat menolak amalan Politik Longkang seperti mana yang telah disarankan oleh Si Azmin Ali ni. Malah Si Menteri Besar Selangor tu sendiri perlu mencermin dirinya terlebih dahulu. Jangan setakat pandai bercakap tak serupa bikin je!!!
Politik longkang assmin yang cukup ketara, membuat gempar kononnya seorang menteri kanan akan letak jawatan kerana isu 1MDB, tapi sampai sekarang nama dan bayang-bayang 'menteri kanan' tersebut dia tak sebut siapa pun... Malah sehingga kini, tiada seorang menteri kanan pun yang MELETAKKAN JAWATAN KABINET.... Politik longkang dan jamban dari assmin...
BalasPadam