Heh! Mungkin skrip drama 'Air Mata' untuk meraih sokongan simpati dari rakyat itu kini sudah menjadi trend kegilaan dikalangan pemimpin - pemimpin puak Pakatan Haprak tu gamaknya.
Kalau sebelum ini, Si Budak Hingusan tu berpura - pura tampil dalam satu sidang media membuat dakwaan kononnya wujud sogokan dedak hampir RM 5 juta untuk beli pemimpin PPBM.
Tapi malangnya, sehingga ke hari ini, linangan air mata Si Budak Hingusan itu hanya sekadar lakonan semata - mata kerana dia masih gagal membuat sebarang laporan kepada SPRM.
Sekarang giliran Si Wan Azizah tu pulak cuba mengulangi skrip yang sama, mengalirkan air mata dengan mendakwa kononnya dia mengenangkan nasib anak - anak muda dimasa hadapan.
Presiden PKR itu dilaporkan mengalirkan air mata semasa menceritakan mengenai pengalamannya dalam Politik sewaktu forum Politik anjuran puak Pakatan Haprak tu baru - baru ini.
Kata Si Wan Azizah, dia hanya seorang isteri kepada ahli Politik dan tidak pernah terlibat pun dengan Politik. Tetapi nasib malang yang menimpa keluarga dia yang memaksa dia terjebak.
"Saya ini sebenarnya isteri ahli politik, bukannya terlibat dengan politik tetapi keadaan atau tragedi yang memungkinkan saya untuk sama-sama dalam perjuangan ini.
"Antara sebab saya turut sama dalam perjuangan ini sebab inginkan masa depan yang lebih baik dalam menabur bakti pada negara Walaupun ada banyak perkara yang belum dapat dicapai tapi apa yang penting adalah usaha telah dilakukan," katanya sambil mengalirkan air mata.
Sebagai rekod, Si Wan Azizah tu dipaksa menjadi Bidan Terjun dalam kancah Politik Negara ekoran tindakan undang - undang yang telah dikenakan terhadap suaminya, Si Ketua Penipu tu.
Si Ketua Penipu tu telah dipecat oleh Tun Dr. Mahathir daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 kerana didakwa terlibat secara lansung dengan aktiviti salah laku seksual.
Pemecatan yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri telah mengakibatkan rusuhan serta demonstrasi jalanan secara besar - besaran.
Maka dalam erti kata lainnya, punca utama Si Wan Azizah tu terjebak dalam kancah Politik Malaysia bukan kerana nak memperjuangkan masa depan anak muda. Sebaliknya, dia nak memperjuangkan hak kepentingan Politik Peribadi suami dia sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.