Nampak gayanya kemelut yang melanda DAPigs kali ini semakin bertambah kronik apabila ramai dikalangan ahli parti itu mula mencurigai taktik yang disusun oleh pucuk pimpinannya.
Tapi, orang waras mana yang tak curiga sekiranya pemimpin parti itu sendiri didapati bersalah kerana kewujudan penyelewengan kuasa dalam pemilihan yang telah diadakan sebelum ini?
Terbaru, dua orang perwakilan DAPigs menyatakan bantahan mereka kepada pihak ROS terhadap pemilihan semula yang dijadualkan akan berlansung pada 12 November ini nanti.
Dua anggota DAPigs itu turut menghantar memorandum kepada RoS kerana tidak berpuas hati kerana pemilihan semula parti itu didakwa melalui kongres khas dan bukan kongres kebangsaan.
Timbalan Pengerusi DAPigs Cawangan Taman Ehsan, Klang berkata, Fasal VIII Perkara 8 perlembagaan parti menyatakan kongres khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu dan bukan untuk tujuan pemilihan.
"Pemilihan tidak boleh diadakan dalam kongres khas melainkan perlembagaan itu telah dipinda tanpa pengetahuan kami," katanya kepada pemberita sebelum menghantar memorandum tersebut di ibu pejabat RoS, di sini hari ini.
Seorang lagi ahli DAPigs dari cawangan Bagan Luar, Butterworth, G. Asoghan pula berkata, notis juga perlu diberikan kepada setiap cawangan 10 minggu sebelum pemilihan berlangsung.
"Kami berdua adalah perwakilan pada Kongres Nasional DAP pada 2012 dan ketika itu setiap setiausaha cawangan menerima notis 10 minggu sebelum tarikh pemilihan. Tetapi kali ini kami belum menerima apa-apa notis," katanya.
Pada 17 Julai lepas, DAPigs menerima surat daripada RoS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC berikutan jabatan berkenaan belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
Pada Isnin lepas, Setiausaha Agung DAPigs Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur mengumumkan pemilihan semula CEC DAPigs akan diadakan 12 November ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam selepas dipersetujui RoS.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata DAPigs juga akur dengan arahan RoS untuk menggunakan semula senarai nama 2,576 anggota perwakilan dan senarai asal calon pada pemilihan 2012 untuk sesi pemilihan semula tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.