Heh! Tidak menghairankan sangat bila Si Lim Guan Eng ni membuat kenyataan bahawa dia bangga menjadi penganjur pesta arak di Pulau Pinang walaupun ianya menjadi isu hangat di Selangor.
Walaupun himpunan yang dianjurkan oleh puak Pakatan Haprak tu GAGAL mencapai sasaran asalnya, tapi Si Guan Eng tu kata, dia tetap berbangga kerana Oktoberfest dia berjaya.
Sambil membuat sindiran secara terbuka kononnya Rejim DAPigs Pulau Pinang dibawah kepimpinannya itu bukan puak Taliban, Si Guan Eng tu seolah - olah sengaja nak membakar sentimen perkauman.
Dari satu sudut, nampak sangat yang Si Guan Eng ni sengaja nak mengelirukan rakyat dari apa yang dipersoalkan sebelum ini melalui kenyataan yang dikeluarkannya.
Isu pokoknya bukan nak menghalang mereka yang bukan Islam tu dari minum arak. Kot diorang nak mabuk sampai tak sedar dunia pun takde siapa yang peduli.
Tapi sebaliknya, apa yang dibantah ialah penganjuran pesta itu secara terbuka yang didakwa menjadi amalan budaya sesetengah pihak yang berada di Malaysia pada ketika ini.
Itu persoalan yang dibangkitkan. Budaya bangsa atau kaum mana di Malaysia ni yang menggalakkan amalan meminum arak secara terbuka ni? Adakah ianya budaya masyarakat Cina?
Bahkan dalam mana - mana agama sekali pun, amalan meminum arak ini adalah tidak digalakkan. Bukan sahaja umat Islam sahaja yang melarangnya, bahkan agama Kristian dan Budha sekali pun.
Jadi, tak payah la Si Guan Eng tu cuba nak bakar sentimen permusuhan dikalangan rakyat dengan menuduh kononnya orang Melayu Islam di Malaysia ni sama seperti Taliban. Kot ya pun dia nak mabuk, itu dia punya pasal la. Tapi bukannya dengan cara mengadakan pesta secara besar - besaran!!!
Mabuk arak mabuk kuasa
BalasPadam