Halaman

Sabtu, Oktober 07, 2017

KARIAH MASJID BANTAH PESTA ARAK DAN GAY DAPigs!!!

Laungan takbir, hidup Islam dan kutukan terhadap DAPigs bergema berselang-seli semasa lebih 100 orang berkumpul dalam demonstrasi aman membantah penganjuran pesta arak hari ini.

Bantah tersebut berlangsung di pekarangan Masjid Kota Damansara dimana mereka berkumpul sebagai tanda menolak sebarang program berkaitan dengan pesta arak itu di Selangor. 

Antara laungan bersemangat yang dapat didengar semasa protes itu ialah "Hidup Islam" dan "Hancur DAP" sambil membawa beberapa sepanduk dan poster bantahan terhadap program tersebut.

Malah, mereka juga turut memohon agar Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama Islam di Negeri Selangor campur tangan bagi menghalang pesta sedemikan diadakan secara terbuka.
Himpunan berkenaan dianjurkan Lajnah Keselamatan Aamar Makruf Nahi Mungkar Masjid Kota Damansara. Sebagai membuktikan bantahan itu mereka menghantar memorandum kepada polis Kota Damansara.

Melalui memorandum itu kariah masjid terbabit mengingatkan pihak berkuasa bahawa penganjuran pesta arak dan aktiviti tidak bermoral di kawasan penempatan terbabit hanya mengundang kesan negatif kepada masyarakat.

Ketua Lajnah Keselamatan Aamar Makruf Nahi Mungkar Shaari Karim berkata pihaknya membuat bantahan tersebut untuk "melindungi dan memandaikan masyarakat".
“Menghalang pelaksanaan pesta arak bukanlah bererti menentang kebebasan, tapi satu usaha untuk melindungi dan memandaikan masyarakat. Ia bukan tindakan keras dan agresif tetapi lebih kepada perasaan kasih sayang serta keinginan untuk saling melindungi satu sama lain,” kata Saari.
Tambah Saari, menganjurkan acara yang menjurus kepada mempromosikan gaya hidup meminum arak beri kesan berbeza. Untuk rekod kawasan Kota Damansara agak signifikan dalam perkembangan politik di Selangor.

4 ulasan:

  1. Hidup Islam, hancur Dap

    BalasPadam
  2. Aku takut bila pesta arak ini berlangsung, mgkin terjadi serangan pgganas.. Sbb tu polis ckp ats fktor keselamatan.. Pastu klu jd.. Puak ni akn salahkn polis.. Bengong...

    BalasPadam
  3. HIDUP ISLAM HANCUR DAP DAN MAHATHIR

    BalasPadam
  4. Hidup rakyat selangok yg pilih pembanggang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.