Memang agak menghairankan sungguh. Kuat betul puak Pakatan ni bermimpi disiang hari sehingga Mat Jenin pun kalah dengan diorang. Hampir setiap tahun mereka suka buat kerja yang tak berfaedah.
Entah apa tujuan diorang buat Belanjawan Alternatif tu pun tak tau la. Bukannya diorang dapat nak melaksanakannya. Setakat nak mengabiskan masa dan duit derma dari rakyat, untuk apa?
Persoalannya cukup mudah. Apakah tujuannya puak Pakatan Haprak tu buat Belanjawan Alternatif saban tahun? Adakah draf belanjawan itu dapat memberikan sebarang manfaat kepada rakyat?
Jika persoalan itu diajukan kepada puak pentaksub Pakatan Haprak tu, sudah pasti mereka akan menjawap kononnya draf itu adalah sebagai perbandingan kepada belanjawan Kerajaan.
Dari satu sudut, puak Pakatan Haprak tu kononnya nak tunjuk yang belanjawan diorang lebih memberikan faedah kepada rakyat sedangkan draf tersebut hanya dianggap 'Siaran Ulangan' semata - mata.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila isi kandungan draf belanjawan yang disediakan oleh puak Pakatan Haprak tu hanya merupakan isu - isu lama yang pernah disebut sebelum ini.
Tahun - tahun sebelum ini pun diorang buat dakwaan kononnya nak hapuskan GST, nak mansuhkan konsesi Tol, nak beri pelajaran percuma kepada rakyat dan menghapuskan gejala rasuah.
Semua perkara yang disebut dalam draf belanwan puak Pakatan Haprak itu bukannya satu idea yang baru. Tapi sebaliknya, ia sudah menjadi isu RETORIK yang sememangnya memualkan.
Tambah memalukan ialah apabila puak Pakatan Haprak tu sehingga ke hari ini masih GAGAL untuk melaksanakan perkara - perkara yang disebut dibawah Rejim pemerintahan mereka sendiri.
Di Selangor dan Pulau Pinang, Rejim Pakatan Haprak tu GAGAL memansuhkan konsesi tol biarpun ianya dibawah bidang kuasa mereka. Malah pelajaran percuma pun GAGAL dilaksanakan.
Itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni bukan sahaja kuat berangan tak tentu arah. Bahkan diorang ni juga sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mengitar semula idea - idea lama untuk dijadikan bahan modal Politik Murahan mereka semata - mata!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.