Halaman

Rabu, Oktober 18, 2017

REJIM PAS HALAU PAN DARI WISMA TOK GURU!!!

Huh! Malang sungguh nasib PAN Kelantan apabila mereka didakwa terpaksa mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor selepas menerima notis daripada Rejim PAS Kelantan.

Bangunan tersebut pada masa ini juga turut menempatkan pejabat Naib Presiden PAN, Husam Musa yang juga merupakan ADUN Salor serta bekas Exco Rejim PAS Kelantan sebelum ini.

Bangunan setinggi dua tingkat yang terletak di Jalan Pendek, Salor itu telah didirikan di atas tanah milik balu kepada bekas ADUN Salor, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim.

Ahmad Rosli yang meninggal dunia pada 27 Julai lalu merupakan bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan pernah bersama - sama Tengku Razaleigh Hamzah melalui Semangat 46.

Memetik laporan media, sumber parti itu yang rapat dengan Husam memaklumkan arahan mengosongkan bangunan berkenaan adalah sahih namun memberitahu Husam akan menjawab perkara itu kelak.

Wisma Tok Guru pada sebelum ini pernah ditimbulkan beberapa kali menerusi Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Nassurruddin Daud yang mengatakan tapak bangunan itu adalah milik mereka.

Pertikaian berlanjutan apabila Nassurruddin secara terbuka mempersoal mengapa Husam masih mahu menggunakan kemudahan bangunan itu meskipun dia sudah meninggalkan PAS.

Ahmad Rosli kemudiannya memberitahu tanah yang dinamakan atas isterinya itu telah diberikan kebenaran kepada Husam untuk menggunakannya dan tidak pernah mewakafkan tanah itu kepada Rejim PAS Kelantan.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.