Hahaha!!! Memang lawak betul laman portal Pro Pakatan Haprak ni bila diorang cuba nak meyakinkan rakyat kononnya kemelut kepimpinan dalam PPBM tu dah berjaya diselesaikan.
Tapi, inilah yang dikatakan Kebodohan Hakiki. Si Budak Hingusan tu sebelum ini kononnya nak tunjuk Jaguh, Namun malangnya, dia mudah terpesong dengan imaginasi dirinya sendiri.
Jika sebelum ini, Merosakkini melalui saluran KiniTV menampilkan Si Budak Hingusan tu mengakui kesilapan yang dilakukannya dan bersedia untuk bertemu dengan Datuk Hamidah.
Namun, usaha yang dilakukan oleh Merosakkini dengan bantuan Ratu Badak tu tidak menjadi apabila tuan punya badan sendiri enggan menerima kenyataan yang dibuat oleh Si Budak Hingusan tu.
Sebaliknya, Kak Midah mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Si Ratu Badak yang nak menjadi Heroin dalam wayang Si Budak Hingusan tu mengenai 'Permohonan Maaf' yang dilakukan.
Kak Midah dalam status yang dimuat-naikkan ke laman Facebooknya kelmarin mempersoalkan sama ada Si Budak Hingusan tu ada buat permohonan maaf kepadanya atau tidak.
"Ratu Naga. Ada ke tadi Syed Saddiq minta maaf? Saya dah tengok video rakaman pertemuan tu tak de pun Syed Sadiq minta maaf," katanya melalui status di Facebook.
Tambah memburukkan lagi keadaan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Budak Hingusan itu juga turut mendapat kritikan dari beberapa orang ahli parti tersebut melalui laman media sosial.
Antara lain, mereka mendakwa tuduhan dan dakwaan yang dilakukan oleh Si Budak Hingusan itu selama hari ini hanya sekadar Fitnah semata - mata dan dia perlu memohon maaf.
Malah, Si Budak Hingusan itu juga turut dilabel sebagai dalang yang telah menyebabkan kepimpinan parti pimpinan Tun Mahathir itu berada dalam keadaan kucar kacir pada ketika ini.
Pokok pangkalnya, apa yang disebut oleh Si Budak Hingusan tu selama hari ini memang tak boleh dipercayai lansung. Semuanya hanya sekadar andaian dan dakwaan dia semata - mata. Pun masih lagi dia nak membanggakan diri menjadi seorang Pendebat yang Terhebat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.