Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jika ditanya kepada Khalid 'James' Samad, mungkin beliau akan menyokong ahli PKR yang dengan bangganya menyatakan kemurtadan beliau. Mana tidaknya, beliau mati - matian memperjuangkan isu penggunaan Kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama lain.
Namun, PKR didesak agar menyatakan pendirian mereka berhubung isu bapa seorang pelajar yang dirotan kerana membawa nasi goreng dengan sosej babi ke sekolah. Bapa kepada pelajar tersebut mendakwa beliau bukan lagi beragama Islam.
Nor Azman Abdullah, bapa kepada pelajar tersebut menjelaskan beliau sudah keluar dari agama Islam sejak tahun 1999. Beliau sebelum ini pernah bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya Umum 1999 dan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2001.
Demikian yang dipersoalkan oleh YB Zulkifli Nordin dalam blog beliau.
Secara tidak lansung, ia turut membuktikan kegagalan PAS dalam gerak kerja berdakwah mereka kepada masyarakat. Sedangkan dikalangan mereka sendiri pun ada yang murtad. Jadi apa kerja mereka yang kononnya mendokong perjuangan Islam? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.