Halaman

Sabtu, November 13, 2010

Pekung Anwar Semakin Terserlah

Assalamualaikum daln Salam 1Malaysia.

Semut terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR kerana berjaya mewujudkan kepincangan dalam parti tersebut.

Semakin banyak pertelingkahan yang berlaku, semakin terserlah keburukkan si Ketua Penipu Rakyat yang juga merupakan Penasihat parti itu.

Sikap buruk si Ketua Penipu itu yang menganggap dirinya terbaik dalam segala perkara akan menyebabkan parti itu lenyap dalam peta pakatan pembangkang.

''...Ia bukan kerana Datuk Zaid Ibrahim, N.Gobalakrishnan atau Mustafa Kamil Ayup tetapi disebabkan oleh Anwar,'' katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini..."

Demikian yang dinyatakan oleh seorang anilisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad. Beliau mengulas mengenai kemelut PKR yang semakin hari semakin ramai yang turut mahukan Anwar serta 'anak emas kesayangan'nya, Azmin Ali agar segera berundur.

Apa yang terjadi dalam PKR hari ini membuktikan bahawa perjuangan parti tersebut hanya bersandarkan kepada kapasiti berkepentingan peribadi semata - mata. Bukan kerana rakyat.

Ahmad Misral juga menegaskan tumpuan tidak seharusnya diberikan kepada tindak tanduk Zaid kerana sikap beliau tidak berubah sejak dalam UMNO lagi.

Tetapi sebaliknya, tindakan yang diambil oleh Mustafa Kamil dengan berkonfrantasi secara terbuka adalah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau seangkatan dengan Anwar dalam ABIM dahulu.

Apa yang tersirat, ABIM sudah menjadi tidak penting kepada Anwar dalam menentukan hala tuju parti sedangkan kelompok ini begitu fanatik menyokong beliau ketika zaman reformasi dahulu.

Jadi, untuk apa lagi rakyat yang memang sah tidak ada apa - apa hubung kaitnya dengan Anwar untuk kekal menyokong beliau? Kalau dah yang rapat pun boleh ditipunya, inikan pula rakyat biasa? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.