Halaman

Jumaat, November 19, 2010

Baru Nak Bagi Tahu???

...The Duel Continues...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Inilah sebab dan puncanya kenapa beliau dilabelkan sebagai Ketua Penipu. Tatkala kemelut dalaman PKR timbul, beliau akan mencari kesalahan orang lain.

Beliau mendakwa, Zaid merayu agar diterima masuk ke parti itu selepas meninggalkan UMNO pada tahun 2008. Selepas itu kononnya Zaid memohon peranan sebagai pemimpin dalam PKR.

Malah menjadi calon dalam PRK Hulu Selangor juga adalah atas permintaan Zaid sendiri, bukan keputusan parti. Walaupun ada bantahan dari beberapa cabang yang dibawa ke perhatian Presiden, Zaid tetap diberi peluang.

Anwar turut mendakwa jawatan Zaid sebagai penyelaras PKR juga adalah tipu semata - mata. Kata beliau sudah berulang kali memaklumkan perkara itu kepada media tetapi tidak diendahkan.

Lihat bagaimana buruknya sifat Ketua Penipu ini walaupun terhadap rakan dan ahli mereka sendiri. Bukannya beliau mahu menjernihkan keadaan, tetapi menyalahkan Zaid dalam semua perkara.

Tidak kurang juga beliau turut menyalahkan isterinya kerana tidak mengendahkan bantahan dari beberapa cabang mengenai pencalonan Zaid sebagai Calon PRK Hulu Selangor dulu. Malah lantikan sebagai Pemimpin Wilayah Persekutuan pun dipertikaikannya.

Adakah ini rupa pemimpin yang bakal jadi Perdana Menteri Malaysia? Kerana takut mnak mengakui kesilapan sendiri, beliau salahkan semua pihak? Layakkah beliau menjadi pemimpin Negara? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.