Halaman

Jumaat, November 19, 2010

Zaid Keluar PKR 16 Disember

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sidang media yang diadakan di kediaman Zaid Ibrahim pagi tadi telah menentapkan tarikh pengumuman. Beliau hari ini telah menghantar surat kepada ibu pejabat PKR bagi menyatakan hasrat untuk keluar dari parti tersebut.

Dalam sidang media itu juga, beliau turut menyatakan bahawa beliau akan tetap berusaha menubuhkan parti barunya secepat mungkin.

Tarikh keluar parti yang telah ditetapkan oleh Zaid adalah pada 16 Disember akan datang.

Ibarat cuba menempeleng muka Anwar dengan tarikh itu sebagai satu peringatan atas kegagalan Ketua Penipu Rakyat merealisasikan usaha 'merampas' Putrajaya pada 16 September setahun yang lalu.

Persoalannya, kenapa lama sangat nak keluar dari Parti tersebut? Adakah Zaid masih menaruh harapan kepada si Ketua Penipu itu untuk memujuknya nanti? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Kalau jauh sangat tarikhnya tu dan di banding dengan kelakuan Zaid selama ini. Ada kemungkinan besar dia tidak keluar PKR.

    Zaid minta di pujuk dan di belai abg Anwar kot...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.