Halaman

Isnin, November 15, 2010

Cakap Kalah Paria!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Nak guna perkataan satu lagi nanti, kata Semut rasis. Tapi perumpamaan itu memang kena sangat dengan Zaid Ibrahim ni. Sekejap kata keluar, lepas tu kata tidak. Lepas tu kata keluar. Untuk apa dia buat macam tu? Apa yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian?

Takut kalau keluar orang takkan terima dia? Siapa yang nak terima kalau dah sekejap masuk parti ni, lepas tu keluar masuk parti lain. Mula dulu, dia masuk UMNO. Kaut sebanyak mana keuntungan yang dia boleh kutip, lepas tu kritik. Kata Kerajaan tak betul dan macam - macam lagi.

Berapa banyak keuntungan dan kelebihan yang dia dah kutip sepanjang dia dalam UMNO? Bukan ke pembangkang suka me'label'kan pemimpin UMNO macam tu. Kenapa masa Zaid Al - Araki keluar UMNO dan masuk PKR mereka tidak pertikai perkara ini? Anwar dulu pun macam tu jugak. Kenapa mereka tidak jadikan ianya satu persoalan?

Sekarang si Zaid Al - Araki ni berdolak - dalik pulak. Sekejap kata tak keluar PKR, sekejap kata dah keluar. Lepas tu kata keluar, kemudian kata tak keluar. Siapa dia nak tipu? Rakyat? Pemimpin PKR?

Yang jelasnya, pemimpin macam Zaid ni memang jenis yang tak boleh pakai. Cakap tak serupa bikin. Tidak ada pendirian. Macam ni nak jadi pemimpin? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Bak kata sahabat Semut, kalau dia jumpa Zaid, mau juga dia baling telur temelang.

3 ulasan:

  1. ala semua pemimpin meka tu reject daripada Umno/MCA/MIC...

    BalasPadam
  2. salam, harap saudara boleh linkkan blog saya.
    tq

    BalasPadam
  3. Lirik Lagu Mabuk - Spider

    Sepuluh sembilan
    Katamu satu pun tak boleh pakai
    Sepuluh sembilan
    Janjimu satu pun tak boleh pegang

    Dunia dan apa isinya
    Hanya kau punya
    Segala-gala kau dah ada
    Tak cukup kau masih minta tambah

    Mabuk bukan mabuk
    Mabuk nama mabuk cinta mabuk kuasa

    Sepuluh sembilan
    Bertemu tak satu bukan khayal
    Sepuluh dan sembilan
    Putihmu tak satu bukan sihir

    Rembulan dan sinar cahaya
    Pada yang kau puja
    Hanyalah serpihan
    Bongkah melayang di angkasa

    Rembulan dan sinar cahaya
    Hanyalah serpihan
    Bongkah melayang di angkasa

    http://www.youtube.com/watch?v=rRX9OKmyrE8&feature=related

    lebih kurang cam nie laa depa nie

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.