Halaman

Isnin, November 15, 2010

Satu Untuk Semua PKR Gagal!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Lepas satu, satu kegagalan yang mereka kecapi. Bukan pencapaian yang boleh dibanggakan, tetapi menjadi peluru buat Barisan Nasional untuk terus mempertikaikan mereka.

Apabila dipersoalkan dasar perjuangan mereka, mereka kata PKR parti untuk semua. Kata mereka adil dalam semua perkara. Hak dan tuntutan semua sama. Maka lahirlah idea buat si Ketua Penipu mereka, Anwar Ibrahim untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari semua bangsa.

Itu perkara yang belum pasti mereka dapat lakukan. Seperti kata Datuk Ahmad Maslan, perkara yang sudah pasti mampu mereka lakukan pun mereka tidak lakukan. Lihat sahaja dalam pemilihan parti mereka.

Kenapa jawatan Timbalan Presidennya tidak diberikan kepada kaum lain? Kenapa perlu satu sahaja Timbalan Presiden? Kenapa tidak buka kepada semua kaum yang ada dalam PKR?

Inilah salah satu kegagalan PKR dan cubaan mereka mengaburi mata rakyat. Jelas, slogan 'Satu Parti Untuk Semua' mereka hanya satu bentuk penipuan.

Sifat yang penuh kepura - puraan pemimpin mereka juga sudah semakin jelas. Dalam sekelip mata mereka boleh mengubah pendirian. Mula - mula kata sokong, kemudian tidak sokong pula. Mula - mula kata mahu keluar, kemudian kata tidak keluar pula.

Namun, masih lagi ada dikalangan rakyat yang mempercayai dakyah - dakyah mereka. Persoalannya kenapa? Kenapa rakyat masih mahu diperbodoh - bodohkan oleh pemimpin PKR ini? Sedarlah, jangan terus biarkan diri kita diperkotak - katikkan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.