Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Namanya sahaja sudah jelas kelihatan fungsi utama membantu rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Namun peranan Yayasan Basmi Kemiskinan sudah semakin terhakis kerana halangan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui PKR.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YBK, Zulhairy Jalaluddin mengesahkan bahawa YBK yang dahulunya aktif menyalurkan bantuan kepada rakyat kini sudah tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.
Beliau mengulas mengenai desakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar Kerajaan Negeri meningkatkan bantuan kepada rakyat khususnya golongan yang kurang bernasib baik.
Zulhairy juga turut menjelaskan walaupun sumbangan dari YBK dilihat kecil, tetapi sekurang - kurangnya ia dapat membantu golongan miskin di Selangor keluar daripada kepompong kemiskinan.
Inilah bukti kegagalan PKR apabila mereka diberi kuasa untuk memerintah. Tidak hairanlah apabila salah seorang Exco mereka terkedu dan tidak dapat menjawab soalan mengenai sumbangan Kerajaan Negeri kepada rakyat.
Jelas, PKR gagal mengurus tadbir Negeri Selangor. Membantu rakyat pun mendapat halangan, inikan pula mahu mentadbir Negara. Adakah mereka masih mahu mendabik dada dan bermimpi mahu ke Purajaya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.