...Finally, He's Saying Good Bye...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Datuk Seri Samy Vellu akhirnya telah menetapkan tarikh dimana beliau akan mengumumkan butiran terperinci tentang persaraan sebagai Presiden MIC pada 13 Disember ini.
Bekas Menteri Kerja Raya yang berusia 74 tahun itu berkata beliau akan melepaskan jawatan dengan senang hati kerana ianya akan memberi lebih masa untuk keluarga, rakan dan masyarakat.
Beliau juga turut menyatakan bahawa pada tarikh tersebut beliau akan menyatakan rancangan beliau selepas persaraannya nanti.
Semut ucapkan tahniah kerana akhirnya beliau sedar bahawa sudah sampai waktunya untuk beliau berundur. Baru sekarang beliau sedar beliau perlu meluangkan masa dengan keluarga dan masyarakat.
Namun, sekurang - kurangnya Samy Vellu berundur juga. Yang Semut hairan kenapa masih ada beberapa pemimpin lain yang masih tidak sedarkan diri?
Agak - agaknya, bila pula si Karpal Singki Pecah, Lim Kit Siang Ikan dan Nik Aziz mahu mengumumkan persaraan mereka? Adakah mereka masih gilakan kuasa atau memang hajatnya mahu menjadi 'fosil' hidup dalam politik? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.