Halaman

Selasa, November 30, 2010

Hadi Ajak Muhasabah Je???

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau melihatkan dasar, mereka memperjuangkan Islam. Beria - ia benar mereka mempertahankan perjuangan menubuhkan Negara Islam selepas memerintah Negara. Tetapi bila didepan rakan sekutu mereka, lain pula ceritanya.

Bagi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Negeri - Negeri dibawah pakatan pembangkang perlu muhasabah bagi memeriksa kelemahan diri dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mereka mentadbir negeri dengan baik kononnya penting agar menjadi kekuatan menghadapi PRU akan datang.

Dakwaan beliau, usaha Kerajaan Negeri Pakatan pembangkang yang berhadapan dengan serangan dan penindasan kerajaan pusat yang memberikan perhatian teliti serta memperbesarkannya di media harus menjadi kebanggaan.

Beliau juga turut menyelar sikap pegawai kerajaan Negeri yang tidak profesional dan melakukan sabotaj kerana memihak kepada BN.

Jelas, tidak sedikit pun Presiden PAS itu menyentuh mengenai penekanan dan pendekatan Islam yang perlu dijadikan asas dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang.

Sudah lenyapkah perjuangan mereka? Dimana suara lantang melaungkan 'Allahuakbar' yang selama ini dikatakan sinonim dengan parti tersebut?

Jelas, mereka sebenarnya takut kerana benar dan berani kerana salah. Yang salah mereka tegakkan dan yang benar mereka endahkan. Inilah hasilnya apabila mereka mula berpakat dengan DAP dan PKR.

Jadi mana dakwahnya dalam ucapan penggulungan beliau itu? Mana seruan yang mengajak bukan Islam mendekati Islam seperti yang pernah dinyatakan? Adakah semua sudah berkubur? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
    Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
    Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.