Halaman

Selasa, November 30, 2010

Cetek Sejarah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apabila perkara ini timbul, sedikit sebanyak Semut sudah mula tidak merasa hairan kerana bukti yang sedia ada sudah jelas.

Apa yang dinyatakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mengenai pengetahuan sejarah dikalangan rakyat Malaysia masih cetek memang ada kebenarannya.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku kerana mereka tidak dilengkapkan dengan ilmu sejarah yang sepenuhnya dan lebih berkesan diperingkat Sekolah.


Kebanyakkan rakyat Malaysia juga tidak faham maksud Kerajaan dan Kerajaan berdaulat diasaskan di Tanah Melayu

Beliau turut menyarankan agar penjelasan mengenai Sejarah Negara perlu diberikan penekanan dalam sistem pendidikan agar golongan muda masa depan tidak terus keliru.

Bagi Semut, tak perlu kita lihat jauh. Cukup sekadar merenung diri sendiri sahaja. Adakah kita cukup mengenali diri kita sendiri? Sejauh mana keturunan kita yang kita tahu asal - usulnya? Sampai ada yang merasa diri terlalu bagus dan tidak bangga dengan asal usul mereka.

Malah bukan sekadar golongan muda sahaja yang cetek pendekatan sejarah. Pemimpin sedia ada hari ini juga begitu.

Sejarah mereka sendiri pun mereka sering lupa. Lihat sahaja pemimpin pembangkang. Adakah mereka mampu menduduki kerusi di Parlimen dan DUN jika bukan kerana Kerajaan menitik beratkan pendidikan dalam kehidupan rakyatnya? Sedangkan alam persekolahan itu juga merupakan sejarah terpenting bagi mereka, itu pun mereka lupa.

Disebabkan cetek pendekatan dan pengetahuan mengenai sejarah inilah mereka lantang bersuara mempertikaikan Ketuanan Melayu dan sebagainya. Atau adakah mereka saja buat - buat lupa? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.