Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya pemilihan PKR akan dapat ditentukan Isnin nanti. Sebelum ini P. Jenapala, Bekas Timbalan Setiausaha PKR Pusat telah memfailkan saman terhadap kepimpinan PKR bagi membatalkan keputusan pemilihan tersebut.
Maka permohonan injunksi beliau bagi menghalang PKR mengambil langkah kea arah menyempurnakan proses pemilihan tersebut akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Isnin nanti.
Jenapala telah memfailkan tindakan tersebut pada hari Jumaat yang lalu dan kes tersebut akan dikendalikan oleh firma guaman Tetuan James Khong.
Jika perkara tersebut diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak benar, sudah semestinya si Ciputdin Nasution akan bersorak gembira dan lebih bangga dengan dirinya sebagai Setiausaha Agung.
Namun pelbagai persoalan akan timbul sekiranya injunksi itu berpihak kepada Jenapala. Adakah PKR akan membenarkan beliau bertanding? Adakah pemilihan PKR ini akan dibatalkan dan diadakan semula?
Jika ianya dibatalkan dan akan diadakan semula, adakah Zaid Ibrahim akan menarik semula keputusan beliau untuk keluar dari parti itu?
Namun yang pastinya, ternyata PKR adalah sebuah parti yang hanya tahu memeningkan rakyat. Bukan berjuang demi kepentingan mereka. Wallahulam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: The world does not revolve around you only, morons!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.