Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat PKR tetap diteruskan walaupun diselubingi pelbagai konflik dan spekulasi.
Hari ini merupakan hari terakhir bagi sesi pemilihan tersebut dimana masih terdapat sebanyak 37 Cabang di Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah akan mengadakan pemilihan tersebut. 15 Cabang lain telah selesai mengadakan pemilihan mereka semalam.
Dilaporkan bahawa keputusan pemilihan ituakan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR yang dijadualkan berlansung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Maka sia - sialah suara akar umbi yang selama ini membantah dan mendesak agar pemilihan tersebut ditangguhkan serta diadakan semula.
Ia berikutan dari beberapa aduan mengenai ketidak-adilan dan wujudnya penipuan dalam sistem pemilihan tersebut.
Jelas terbukti bahawa kepimpinan PKR pada hakikatnya tidak mempedulikan lansung rintihan dan suara akar umbi mereka.
Apa yang penting ialah bagi individu terbabit dalam pemilihan ini mendapat kuasa untuk terus memperkotak - katikkan ahlinya dengan dakyah - dakyah penipuan mereka.
Inilah parti yang kononnya memperjuangkan suara rakyat. Inilah parti yang kononnya mewakili rakyat demi masa depan negara. Inilah parti yang diagung - agungkan oleh sesetengah pihak dengan menyatakan bahawa hanya PKR sahaja yang memperjuangkan keadilan untuk semua.
Sedangkan sudah terang mereka menolak suara ahlinya yang sudah tentu - tentu menyokong mereka. Inikan pula rakyat biasa yang bukan penyokong tegar parti itu. Adakah mereka akan mempedulikannya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.