Halaman

Isnin, November 29, 2010

Nik Aziz Punca Masalah Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional menyebabkan PAS berasa iri hati dan sedia melakukan apa sahaja untuk merobohkan ikatan teguh diantara parti komponen dalam BN.Justify Full

Justeru, Menteri Besar Kelantan itu cuba melaga - lagakan parti dalam Barisan dengan mendakwa UMNO sebagai alat MCA.

"...Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP..."

Maka kesimpulannya, PAS dan DAP adalah penyebab utama semua masalah dinegara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

Mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru - baru ini menunjukkan topeng kejahatan PAS yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Mereka cuba menyalahkan media kerana tidak melaporkan perkara sebenar sedangkan media mereka sendiri tidak memainkan peranan yang sepatutnya.

Jadi, siapa lagi yang mereka perlu persalahkan jika bukan diri mereka sendiri? Kenapa suatu ketika dahulu mereka menyalahkan UMNO bersahabat dengan MCA dan MIC demi kesejahteraan rakyat Malaysia sedangkan kini mereka sendiri sangup menerima musuh ketat sebagai sahabat?

Sejak bila DAP menerima pendekatan Islam sedangkan sebelum ini mereka terang - terangan menentang dasar yang diperjuangkan PAS?

Sehingga kini, masih belum ada sebarang pendekatan baru yang diambil dan tidak ada sebarang forum atau rundingan bagi merealisasikan dasar PAS kepada DAP. Siapa yang PAS nak tipu ni?

Adakah PAS turut melaksanakan dasar, Keep Your Enemy Closer dalam pendekatan baru mereka? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.