Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mungkin ucaptama Presiden PKR ada tempias dan terkena sikit pada Institusi Raja Melayu di Malaysia ini. Mana tidaknya. Pengertian Ketuanan Melayu itu pada asasnya merujuk kepada Kerajaan Raja Berpelembagaan.
Mungkin sebab itulah, DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah rasa dukacita kerana dengan sikap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi tersebut serta peranannya dalam sistem pemerintahan Negara.
Baginda turut mendedahkan bahawa matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berpelembagaan itu disemak dan dikaji semula.
Jadi, masih mampukah mereka terus mempertikaikan 'Ketuanan Melayu' dan menyatakan bahawa Melayu selama ini hidup tidak bermaruah? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Faham ke tidak Wan Azizah dengan titah baginda Sultan Selangor tu agaknya ye?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.