Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berikutan kemelut yang sedang melanda PKR baru – baru ini, rakan sekutunya mula mengkritik secara terang – terangan mengenai pendirian parti tersebut.
PAS yang sebelum ini dikatakan ‘pengikut’ paling setia PKR mula mempersoalkan kegagalan PKR dalam menangani konflik dalamannya.
Mereka menyifatkan tindakan Datuk Zaid Ibrahim berhasrat keluar dari parti tersebut sebagai satu menifestasi kegagalan PKR dalam mentarbiah pemimpinnya.
Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan menyatakan bahawa PKR sepatutnya mengadakan usaha menerangkan budaya yang wujud dalam parti itu supaya beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dimasa akan datang.
“...Semasa kemasukan Zaid dalam PKR, dia tidak diajar apa itu PKR...” Demikian yang dinyatakan oleh Datuk Abdul Fatah Harun.
Beliau juga turut menyokong sepenuhnya jika ada usaha untuk membawa masuk Zaid ke dalam PAS.
Kalau diberi penerangan dari mula, rasanya lebih awal lagi si Zaid ni angkat kaki. Mana mungkin beliau mahu duduk dan berjuang untuk sekumpulan penipu?
Baru ini PAS nak bersuara? Kenapa sewaktu memilih calon PRK Hulu Selangor dulu PAS tidak tampil mempertikaikannya?
Jangan selepas ni Datuk Abdul Fatah pula berubah fikiran seperti Husam Musa mengenai kemasukan Zaid dalam PAS sudahlah.
Kita lihat sama ada PAS berani atau tidak membenarkan Zaid masuk atau ianya akan ditentang oleh PKR sendiri nanti? Wallahualam.
Fikir – fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.