Halaman

Sabtu, November 20, 2010

TV3 Kurang Prihatin

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tak pelik lah kenapa rakyat semakin benci tengok televisyen sekarang ni. Tak hairan juga kenapa mereka memilih media alternatif lain untuk dapatkan informasi.

Mana tidaknya. Kalau satu rancangan tu hanya 10 minit sahaja yang ditayangkan. Lain lain penuh dengan iklan semata - mata.

Sampai berita pun tinggal 10 minit je apa guna? Upah gaji pekerja sampai ratusan orang, tapi siarannya untuk 10 minit sahaja?

Itu pun mereka nak sibuk guna aplikasi 4G dan sebagainya. Untuk apa? Untuk 10 minit cerita dan selebihnya dipenuhi iklan yang tak berbaloi?

Ini baru betul lebih sudu dari kuah. Iklan lagi panjang dari cerita atau berita yang disiarkan.

Ada akal ke tidak orang yang menguruskan TV3 ni? Atau mereka sendiri tidak menonton siaran mereka? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Mana nak ada masa tengok siaran sendiri. Kalau dah tiap - tiap malam keluar berhibur di luar rumah.

6 ulasan:

  1. Memang tepat dan amat betol. Patek setuju.!
    Sepatutnya waktu siaran berita TIADA IKLAN langsung.! TV3 dah too commercialised. Even waktu berita pun iklan bertalu talu.Walaupun waktu "prime time" tak kan masa berita pun tak boleh nak serious sikit.?? Memang sah berita TV3 paling haprak and tak guna.!! Terlampau pentingkann duit semata mata.!!!

    BalasPadam
  2. Memang buletin utama skarang dah x penuh ngan berita. Dah ler berita kurang, iklan plak byk. Benda panas psl kehancuran PKR pun sekejap.

    BalasPadam
  3. aku tngok tv3 sehari 2 minit je..tajuk berita lpas tu trus tukar channel..aku langgan astro ade la 88 channel!!

    BalasPadam
  4. itu namanya prime time bahalol.

    kalau mahal sangat, pengiklan tak mahu dan banyak tv lain bersaing.

    cuba start commercial free tv kalau ko pandai sangat

    BalasPadam
  5. Betul tu... terutama bila malam ada movie shok sikit macam malam sabtu. Kena tunggu lepas nightline. Lepas tu bila movie sambung, dia punya selit iklan lebih pada masa tayang movie to sendiri. Kadang2 aku terlepas dan malas nak tunggu ending sebab mengantuk sangat. Patut lah untung cecah 1 juta, dapat dari iklan, lepas tu tak sedar penonton lari... Aku sokong pakat boikot TV3, Jom Heboh dan lain2 lagi.

    BalasPadam
  6. Perubahan Tajuk Blog ini adalah disebabkan desakan pembaca di laman web Pemuda UMNO Bentong.
    Semut memohon maaf sekiranya tajuk sebelum ini agak kasar.
    Tetapi ia tidak dapat menolak kebarangkalian bahawa TV3 kurang prihatin terhadap penontonnya.
    Sekiandimaklumkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.