Halaman

Isnin, November 15, 2010

PAS Menangih Nak Jadi Ketua

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Satu perkara yang pelik bagi Semut sewaktu awal mereka menubuhkan pakatan dahulu. Kenapa Ketua Pembangkangnya bukan dari PAS? Adakah pemimpin - pemimpin PAS tidak ada kredibiliti untuk mengetuai pakatan?

Sebaliknya mereka memilih Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Pada hal, usia Anwar dalam puak - puak pembangkang masih mentah jika dibandingkan dengan pemimpin - pemimpin PAS mahupun DAP.

Tetapi apabila Pakatan dibentuk, PAS seolah - olah menjadi pihak ketiga sedangkan dahulu merekalah juara dalam pembangkang. DAP pun takut kepada mereka. Mana mampu DAP bersuara dan secara terang - terangan menentang dasar perjuangan PAS iaitu melaksanakan hudud dan menubuhkan Negara Islam.

Jelas, inilah perubahan besar yang berlaku dalam PAS hari ini. Mereka sudah semakin lemah apabila dipimpin oleh Presiden baru mereka.

Namun, apabila kemelut dalaman yang melanda DAP dan PKR, mereka cuba mengambil peluang. Kononnya mereka bersedia menjadi Ketua Pembangkang pada bila - bila masa sahaja jika ia dipersetujui oleh rakan - rakan lain.

"Kalau ada orang lantik kita (pemimpin Pas), kita terima saja. Kalau kawan-kawan (parti dalam pakatan pembangkang) setuju lantik kita, kita setuju saja. Apa salahnya,"

Mana mungkin DAP akan bersetuju untuk menjadi pengikut kepada PAS. Adakah Harun Taib ini bermimpi disiang hari apabila beliau berkata demikian? Mati hidup semula, Lim Kit Siang Ikan tidak akan mengikut PAS walaupun sebagai Ketua Pembangkang.

Adakah PAS sanggup bersekongkol dengan DAP agar meliberalkan Malaysia? Ke mana perginya perjuangan mereka yang sering dialungkan selama ini? Atau adakah PAS sanggup menjadi kuda tunggangan DAP semata - mata dengan menuruti segala tuntutan dan kemahuannya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Pas Menagih Punggung Anwar Aljuburi. Tu yang impian tinggi diawan takkan kesampaian hehe

    p/s : saya dah link blog boss, kalo sudi link balik ye hehe

    joezuax.blogspot.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.