Halaman

Isnin, November 15, 2010

DAP Berbelah Bahagi PAS Jadi Ketua

...Tidur Sebantal, Mimpi Lain - Lain???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Demikian yang Semut tafsirkan mengenai perkembangan terbaru dalam pakatan pembangkang. Tatkala PKR menghadapi kemelut terkini, DAP pula dalam keadaan tidak keruan apabila dicadangkan agar PAS menerajui Pakatan.

Setiausaha Agung DAP, Khalifah Lim Guan Eng dilihat berbelah bahagi apabila ditanya mengenai cadangan Datuk Zaid Ibrahim agar salah seorang pemimpin PAS menjadi Ketua Pembangkang. Beliau sebaliknya masih percaya kemelut dalam PKR tidak akan menjejaskan pakatan mereka hingga pilihanraya akan datang.

Beliau juga turut enggan mengulas mengenai krisis PKR yang bakal menggugat peluang pakatan dalam PRU ke 13 akan datang. Namun Penasihat DAP, Lim kit Siang Ikan masih menaruh harapan agar mereka sahaja menang.

"...Pemilihan parti adalah fokus anda. Kita berharap pada akhirnya, DAP akan menang..."

Jadi mimpi apa lagi PAS berharap untuk jadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar? Terang - terangan DAP cuba menolak kemungkinan itu dari berlaku. Nak jawab soalan pemberita pun mereka cuba menolaknya.

Malah dalam mejawab soalan pemberita juga DAP hanya percaya kepada diri sendiri dan tidak memerlukan PAS untuk menang PRU akan datang. Maka, untuk apa lagi mereka bersama? Macam mana mereka boleh duduk dalam satu pakatan tapi perjuangan dan hala tuju mereka berbeza - beza? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.