Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tahniah dan syabas Semut ucapkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat serta barisan kepimpinan PKR. Ternyata, pemilihan kali ini memang yang pertama didunia dan yang paling berjaya.
Pertama didunia kerana selepas pemilihan, ahli parti tersebut semakin ramai yang sudah sedar akan kesesatan yang dibawa oleh PKR. Malah pembohongan dan penipuan secara terang - terangan mereka jelas kelihatan tanpa perlu diselindungi lagi.
Yang terbaru sekali ialah Cucu Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli, penulis blog yang penyokong PKR yang tegar selama 11 Tahun.
Beliau akhirnya sudah tidak sanggup lagi menipu diri sendiri setelah sekian lama mempertahankan Anwar dan PKR bermati - matian. Namun sejak akhir - akhir ini, ianya bagaikan satu kesalahan besar jika beliau terus gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti tersebut.
Semuanya gara - gara pemilihan 2010. Gara - gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa agar membuka laluan mudah untuk dipilih menjadi calon dalam pilihanraya akan datang.
Maka sebab itulah pemilihan PKR kali ini berjaya seperti yang diharap - harapkan. Ia berjaya membuka mata rakyat dan juga masyarakat umum serta pengikut - pengikut setianya bahawa PKR hanya sebuah parti berkepentingan peribadi Anwar semata - mata.
Tahnniah sekali lagi kepada mereka yang terlibat kerana berjaya menghancurkan parti sendiri. Mereka sudah mula muak dengan PKR, anda bila lagi? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.