Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hari ini, permainan silap mata yang dilakukan oleh PKR akhirnya terbongkar juga. Seperti satu rancangan dalam AXN: Magician Greatest Secret Finally Revealed pulak dah rasanya.
Sebelum ini, mahkamah menolak saman pemula P. Jenapala agar keputusan pemilihan PKR dibatalkan.
Namun penipuan yang berlaku terhadap surat pemecatan keahlian P. Jenapala telah dikesan dan dinafikan oleh Bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim. Beliau seterusnya membuat laporan polir mendakwa tandatangan tersebut telah dipalsukan.
Salehudin menyatakan bahawa beliau hanya tahu kewujudan surat yang bertarikh 2 Februari 2009 itu kelmarin selepas ditunjukkan afidavit oleh peguam kedua - dua individu.
Menurut Salehudin lagi, beliau menganggap perkara ini serius dan merbahaya kerana nampak gayanya ada orang yang boleh menghalalkan cara untuk kepentingan diri. Dan jika orang seumpama ini mengambil alih pemerintahan negara, beliau sendiri tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku.
Wah, punyalah nak menipu sampai sanggup tiru tandatangan orang lain. Dah la menipu, kantoi pulak lagi. Punya tak nak orang lain bertanding sampai tahap ini mereka sanggup lakukan?
Betapa tidak bermaruahnya orang yang lakukan kerja seperti ini. Bukti apa lagi yang diperlukan untuk membenarkan bahawa PKR ini parti penipu? Ini yang hendak dijadikan sebagai pemimpin Negara? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Gambar dari blog The Unspinner.
memang sah PARTI KENCING RAKYAT
BalasPadam